Wednesday, 19 February 2014
Trip ke Pengkalan Balak
Sebelum bertolak ke pengkalan balak untuk memancing sempat juga kami singgah di kedai peralatan memancing yang terletak di sungai udang melaka untuk membeli peralatan dan kelengkapan memancing.. maklomlah bila dah sampai di kawasan memancing kalau ada barang yang kurang mana nk cari lagi kan.. so persiapan penting sebelum kita menjelajah lubuk pancing.. pastikan.. batu ladung..kekili.. perambut pantai.. mata kail.. dan tali tangsi spare untuk mengikat perambut mata.. manalah tahukan kalau nasib tak menyebelahi kita putus pulak masa tengah memancing..
jika memancing pantai dengan menggunakan rod panjang 10 kaki keatas mestilah menggunakan reels dgn kekuatan 4000 keatas.. dengan tali perambut labuh dgn kekuatan tangsi 80lbs keatas batu ladung saiz 5 keatas (bergantung pada rod) dan mata kail yang kukuh maklomlah mata kail tu penting manalah tahukan dah lah kita baling jauh lepas tu di rentap oleh ikan pari nak gulung punyalah jauh pari pulak bukan calang2 ikan untuk di naikan..jika perambut dan mata kurang sesuai pasti putus atau mata kail patah..jadi saya syorkan gunalah mata kail yg berkualiti.. macam saya jika memancing pantai saya lebih gemar menggunakan mata kail bersaiz 6 duri pandan dengan kekuatan tali perambut 80lbs...
semoga tips ini berguna untuk kawan2 yang berminat dgn hoby memancing..
.memancing perlu sabar kerana memancing adalah hoby tak sama seperti kita ke pasar kerana jika ke pasar sudah tentu kita dapat ikan dan tak sama seperti kita memancing...memancing bergantung pada nasib jika ada rezeki pasti ada habuan yang di bawa pulang.. Selamat Memancing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment