Friday 21 February 2014

TALI PERAMBUT PARI ( PANCING PANTAI )

perambut ini biasa saya gunakan untuk pancing tepian pantai.. dengan tali perambut yang labuh dan perambut mata yang labuh ia amat sesuai untuk menjerat sang pari.. dan juga sesuai untuk memancing di kawasan pesisiran pantai yang berlumpur.. kerana jika kita membaling jauh batu ladung termasuk dalam lumpur mata kail kita masih lagi di atas jadi senang untuk memancing di kawasan yang selalu di dominan oleh sang pari

kekuatan perambut batu 100lbs (boleh menampung batu bersaiz 5'6'7'8'9)
kekuatan perambut mata 80lbs ( sesuai untuk mata bersaiz 6 duri pandan dan keatas)
panjang keseluruhan perambut batu ialah 1 depa lebih kurang 1 meter setengah sesuai di gunakan bersama rod 10 kaki keatas
panjang keseluruhan perambut mata juga 1 depa sesuai untuk pergerakan umpan di dalam air/dasar laut

Thursday 20 February 2014

Jadual Air Pasang surut untuk tahun 2014

UNTUK GENG2 KAKI PANCING LAUT DI SINI SAYA MENYEDIAKAN JADUAL AIR PASANG SURUT UNTUK TAHUN 2014 SUPAYA SENANG MEMBUAT PERANCANGAN AWAL UNTUK TURUN MEMANCING
--- KLIK IMAGE UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS --

Trip ke 6 kelong mamood kuala lukut PD by epul NS





Wednesday 19 February 2014

Kerapu kelong Mamood

Ini adalah koleksi ikan kerapu karang yang berjaya di naikan di kelong mamood.. kelong mamood memang terkenal dengan berbagai jenis ikan kerapu kerana berdekatan dengan kelong  mamood telah di letakkan banyak tukun-tukun tiruan untuk membiakan habitat seperti kerapu..siakap dan baracuda.. jadi anda bolehlah mencuba nasib di sini..jika ada rezeki pastinya anda akan pulang dengan habuan yang besar.. selamat memancing..good luck

Senja di kelong Mamood



   inilah permandangan waktu matahari terbenam di atas kelong mamood..suasana yang amat mendamaikan.. ini trip kami yang ke 2 di atas kelong mamood.. masa inilah pesta tamban bermula..kami berjaya mendaratkan tamban sebanyak 1 tong ais colman.. kalau anda ingin merasakan suasana seperti ini jemputlah ke kelong mamood yang terletak di kuala lukut port dickson

Trip memancing ke taman negara 2013







   kali ni kami ke taman negara.. selalu memancing laut tapi kali ni kami mencuba memancing ikan di taman negara.. sambil2 merehatkan minda dengan suasana hutan kami dapat juga pengalaman mempelajari teknik memancing ikan sungai dari tekong bot yang membawa kami di lubuk itu.. tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana ikan yang merentap umpan kami terlepas..ini mungkin kerana kami belum berapa mahir dgn teknik memancing ikan di sungai yang berarus deras.. Insyaallah kami pasti akan mencuba nasib sekali lagi..

Siakap 4.5kg kelong mamood



 siakap 4.5 kg yang berjaya di naikan di kelong mamood pada pukul 3 pagi.. siakap ini telah membaham koyan yang di pasang umpan udang hidup.. dengan kekuatan tali koyan 150lbs perambut 120lbs mata kail bersaiz 7 stainless steel batu ladung bersaiz 12.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menjerat sang siakap liar yang selalu berlegar di bawah kelong.

Ikan malong

Ikan Malong
    Ramai yang tidak kenal akan nama ikan ini.. ini ialah Malong.. biasanya pemancing tepian pantai pasti pernah menaikan ikan ini.. ikan ini biasanya membaham apa sahaja jenis umpan. umpan yang paling di gemari oleh ikan ini sudah pastinya udang hidup.. tetapi AWAS jika malong memakan umpan dan anda berjaya menaikan nya ketika mengeluarkan mata kail dari dalam mulutnya anda harus berhati hati ketika membukanya ini kerana gigi malong yang tajam dan bisa bila anda terkene..cara yang paling baik untuk membuka nya ialah dengan menggunakan ragum..ingat gigi malong yang bisa boleh mengakibat kan luka kita bernanah..
  ikan malong biasanya di jadikan kuah laksa ini kerana isinya yang lemak..  malong juga boleh di goreng tetapi ia mempunyai tulang yang banyak..sebelum di siang pastikan anda menarik kepala dan ekornya serentak supaya bila dah masak nnt tulang malong akan tersusun..ada juga yang membuat fish ball dari ikan ini.. ingat malong boleh di makan ada yang mengatakan bahawa ikan ini adalah sesirat (belut laut) atau ular. sebenarnya ia adalah sejenis ikan yang berbadan panjang..jika pandai memasaknya pasti sedap di makan..
selamat memancing. good luck!!!

Kelong Mamood trip ke 3

koleksi kerapu di kelong mamood

wan lc..kerapu karang

keniro...kerapu karang

wan lc.. mama todak




keniro..casting apolo tamban

baracuda (alu-alu)


keniro baracuda


ini trip ke 3 group kami naik ke kelong Mamood... masa ni tak ramai sangat kaki pancing sebab masih awal.. biasanya kaki pancing mula penuh bila time senja dan menjelang malam so sementara tak ramai lagi kami semua casting tamban dulu untuk di buat umpan di malam hari..
  sesiapa nak merasa sendiri suasana malam di kelong jom ramai2 kita ke kelong Mamood..terbaik

Kelong Mamood trip kali ke 6

                                Keniro..Wan lc..Epul rock O...Wan somban
         Keniro..Wan lc...Epul rock O...Wan somban...Ayie..dan yang belakang tu Cibong
                     Atas bot.. On the way ke kelong Mamood..happy sangat2
  Wan lc denagn aksi bertarung dengan ikan..akhirnya dia berjaya menaikan sejenis ikan karang
                   Akhirnya Wan lc berjaya menjinakan ikan tersebut.. Terbaik lah Wan !!!!!

  Ini trip kami yang ke 6 di kelong Mamood..happy sangat2.. pancing kami di rentap tapi nasib tidak menyebelahi kami... yang paling best nya kawan kami si Cibong ketika drag pancing nya berbunyi dengan kuat sebanyak 2 kali sehingga rod beliau bengkok beliau dengan senang hatinya tidur sambil berdengkur pada pukul 6 petang sayang sekali kerana ikan tu terlepas kerana lambat mengunci drag.. jika dapat di naikan pastinya kerapu karang yang beliau dapat kerana tempat tu adalah podt kerapu kerana terdapat karang yang besar di dasar.. Insyaallah lain kali pasti ada rezeki...
   gambar yang atas sekali tu di ambil ketika matahari mula terbenam..sangat indah permandangan waktu senja di atas kelong Mamood..jika anda inginkan ketenangan jiwa boleh lah anda semua pergi ke kelong mamood..tapi jangan lupa jika anda bermalam di sana anda di nasihatkan untuk membawa baju sejuk kerana ada masanya malam di atas kelong Mamood sangat2 dingin
  kami akan mencuba lagi nasib di kelong Mamood.. insyAllah pasti ada rezeki kami nanti..

 

Kelong kegemaran kami. Kelong Mamood kuala lukut P.D

  Ini ialah kelong kegemaran kami..Kelong Mamood yang terletak di jalan kg chua,kuala lukut Port Dickson..
kelong ini tidak penah sepi dengan kehadiran kaki2 pancing dari sekitar Negeri Sembilan..Melaka..Selangor dan Kuala Lumpur..ada juga yang datang dari negeri2 lain..
 jika air pasang penuh (air besar ) pasti kelong ini penuh sesak.
 jika nak datang kesini anda tidak perlu risau tentang umpan.. jika susah sangat untuk mendapat kan umpan anda juga boleh dapat kan dengan owner kelong iaitu encik mamood kita.. biasanya umpan yang ada di jual oleh owner kelong ialah.. udang hidup..udang pasar.. pun-pun... jika anda ingin menggunakan umpan cumit atau sotong dan anak belanak anda di nasihatkan untuk menyediakannya sebelum anda bertolak... bagi saya jika saya naik ke kelong mamood saya tidak membawa umpan kerana saya lebih senang menggunakan umpan anak tamban yang senang di dapati di kelong mamood.. jika anda berminat untuk casting anak tamban anda di nasihat kan membawa apollo bersaiz 6..biasanya apollo kertas yang saya gunakan jika menggunakan apollo bulu ayam hasil nya kurang sedikit..
   cara untuk mendapatkan anak tamban yang banyak bila masa air pasang penuh anda di nasihat kan bertolak awal dan naik ke kelong seawal pagi kerana anak tamban lebih gemar berada di sekeliling kelong waktu air pasang penuh pagi.. jika nasib menyebelahi anda.. anda akan dapat melihat ribuan anak tamban berenang menghampiri kelong dan masa yang sama jugalah anda akan dapat melihat gangster2 laut dalam seperti.. baracuda (alu-alu)..siakap..kerapu..tenggiri..parang..dan talang yang datang membaham anak2 tamban..
  bila naik ke kelong pastikan kelengkapan asas di bawa secukupnya.. di kelong mamood tempat masak ada di sediakan  jika malas nak masak anda boleh oder je dengan owner kelong tapi jika oder dengan owner waktu penghantaran adalah terhad... sarapan pagi sekali.... makan tengah hari sekali dan makan malam.. jadi untuk mengelakkan kelaparan saya syorkan anda membawa meggie cup sebagai persediaan alas perut.. maklomlah duk tengah laut memamng sentiasa lapar...
  dan lagi 1 pesanan saya bawalah kelengkapan memancing seperti.. batu ladung..mata kail..tali perambut..kekili secukupnya bukan apa anda boleh oder dengan owner kelong cik mamood kita barang2 tersebut tapi harganya tidak lah sama dengan harga di kedai anda akan di cas lebih sedikit dari harga kedai tapi tidak lah terlalu mahal masih lagi berpatutan...dan kalau boleh bawalah rod lebih mana lah tahukan rod yang kita guna tu patah ke... air batu anda boleh oder dengan owner kelong..
   untuk naik ke kelong mamood bayaran untuk seorang ialah rm50 untuk dewasa dan rm25 untuk kanak2.. saya sukakan suasana senja di kelong mamood yang tenang.. anda akan dapat melihat matahari terbenam yang cantik..waktu malam yang sunyi dan mendamaikan.. kalau anda ingin merasakan suasana tersebut cubalah ke kelong mamood yang terletak di kuala lukut Port DIckson Negeri Sembilan..pasti tidak menghampakan.. (nnt saya akan coretkan entri senja di kelong mamood untuk tatapan anda semua ) selamat memancing enjoy your self...

Trip memancing di Jambatan Tangjung Agas-kuala linggi

Wan lc..Qemal..Badik

epul

epul


Ayie...Keniro..qemal..azu & farra
Bagi kaki pancing sekitar Negeri Sembilan dan Melaka pasti sinonim dengan port memancing di jambatan Tanjong Agas port dickson..di port ini bukan calang2 ikan yang di naikan jika rezeki menyebelahi kita.. pengelaman saya memancing dengan keluarga saya.. adik saya berjaya menaikan siakap seberat 4.8 kg..ayah saya berjaya menaikan senangin seberat 3kg..kerapu karang seberat 2kg dan saya berjaya menaikan pari seberat 1.5 kg...
 masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut
    jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut)
   itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!!