Wednesday, 19 February 2014

Kelong kegemaran kami. Kelong Mamood kuala lukut P.D

  Ini ialah kelong kegemaran kami..Kelong Mamood yang terletak di jalan kg chua,kuala lukut Port Dickson..
kelong ini tidak penah sepi dengan kehadiran kaki2 pancing dari sekitar Negeri Sembilan..Melaka..Selangor dan Kuala Lumpur..ada juga yang datang dari negeri2 lain..
 jika air pasang penuh (air besar ) pasti kelong ini penuh sesak.
 jika nak datang kesini anda tidak perlu risau tentang umpan.. jika susah sangat untuk mendapat kan umpan anda juga boleh dapat kan dengan owner kelong iaitu encik mamood kita.. biasanya umpan yang ada di jual oleh owner kelong ialah.. udang hidup..udang pasar.. pun-pun... jika anda ingin menggunakan umpan cumit atau sotong dan anak belanak anda di nasihatkan untuk menyediakannya sebelum anda bertolak... bagi saya jika saya naik ke kelong mamood saya tidak membawa umpan kerana saya lebih senang menggunakan umpan anak tamban yang senang di dapati di kelong mamood.. jika anda berminat untuk casting anak tamban anda di nasihat kan membawa apollo bersaiz 6..biasanya apollo kertas yang saya gunakan jika menggunakan apollo bulu ayam hasil nya kurang sedikit..
   cara untuk mendapatkan anak tamban yang banyak bila masa air pasang penuh anda di nasihat kan bertolak awal dan naik ke kelong seawal pagi kerana anak tamban lebih gemar berada di sekeliling kelong waktu air pasang penuh pagi.. jika nasib menyebelahi anda.. anda akan dapat melihat ribuan anak tamban berenang menghampiri kelong dan masa yang sama jugalah anda akan dapat melihat gangster2 laut dalam seperti.. baracuda (alu-alu)..siakap..kerapu..tenggiri..parang..dan talang yang datang membaham anak2 tamban..
  bila naik ke kelong pastikan kelengkapan asas di bawa secukupnya.. di kelong mamood tempat masak ada di sediakan  jika malas nak masak anda boleh oder je dengan owner kelong tapi jika oder dengan owner waktu penghantaran adalah terhad... sarapan pagi sekali.... makan tengah hari sekali dan makan malam.. jadi untuk mengelakkan kelaparan saya syorkan anda membawa meggie cup sebagai persediaan alas perut.. maklomlah duk tengah laut memamng sentiasa lapar...
  dan lagi 1 pesanan saya bawalah kelengkapan memancing seperti.. batu ladung..mata kail..tali perambut..kekili secukupnya bukan apa anda boleh oder dengan owner kelong cik mamood kita barang2 tersebut tapi harganya tidak lah sama dengan harga di kedai anda akan di cas lebih sedikit dari harga kedai tapi tidak lah terlalu mahal masih lagi berpatutan...dan kalau boleh bawalah rod lebih mana lah tahukan rod yang kita guna tu patah ke... air batu anda boleh oder dengan owner kelong..
   untuk naik ke kelong mamood bayaran untuk seorang ialah rm50 untuk dewasa dan rm25 untuk kanak2.. saya sukakan suasana senja di kelong mamood yang tenang.. anda akan dapat melihat matahari terbenam yang cantik..waktu malam yang sunyi dan mendamaikan.. kalau anda ingin merasakan suasana tersebut cubalah ke kelong mamood yang terletak di kuala lukut Port DIckson Negeri Sembilan..pasti tidak menghampakan.. (nnt saya akan coretkan entri senja di kelong mamood untuk tatapan anda semua ) selamat memancing enjoy your self...

3 comments: