Friday 21 February 2014

TALI PERAMBUT PARI ( PANCING PANTAI )

perambut ini biasa saya gunakan untuk pancing tepian pantai.. dengan tali perambut yang labuh dan perambut mata yang labuh ia amat sesuai untuk menjerat sang pari.. dan juga sesuai untuk memancing di kawasan pesisiran pantai yang berlumpur.. kerana jika kita membaling jauh batu ladung termasuk dalam lumpur mata kail kita masih lagi di atas jadi senang untuk memancing di kawasan yang selalu di dominan oleh sang pari

kekuatan perambut batu 100lbs (boleh menampung batu bersaiz 5'6'7'8'9)
kekuatan perambut mata 80lbs ( sesuai untuk mata bersaiz 6 duri pandan dan keatas)
panjang keseluruhan perambut batu ialah 1 depa lebih kurang 1 meter setengah sesuai di gunakan bersama rod 10 kaki keatas
panjang keseluruhan perambut mata juga 1 depa sesuai untuk pergerakan umpan di dalam air/dasar laut

Thursday 20 February 2014

Jadual Air Pasang surut untuk tahun 2014

UNTUK GENG2 KAKI PANCING LAUT DI SINI SAYA MENYEDIAKAN JADUAL AIR PASANG SURUT UNTUK TAHUN 2014 SUPAYA SENANG MEMBUAT PERANCANGAN AWAL UNTUK TURUN MEMANCING
--- KLIK IMAGE UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS --

Trip ke 6 kelong mamood kuala lukut PD by epul NS





Wednesday 19 February 2014

Kerapu kelong Mamood

Ini adalah koleksi ikan kerapu karang yang berjaya di naikan di kelong mamood.. kelong mamood memang terkenal dengan berbagai jenis ikan kerapu kerana berdekatan dengan kelong  mamood telah di letakkan banyak tukun-tukun tiruan untuk membiakan habitat seperti kerapu..siakap dan baracuda.. jadi anda bolehlah mencuba nasib di sini..jika ada rezeki pastinya anda akan pulang dengan habuan yang besar.. selamat memancing..good luck

Senja di kelong Mamood



   inilah permandangan waktu matahari terbenam di atas kelong mamood..suasana yang amat mendamaikan.. ini trip kami yang ke 2 di atas kelong mamood.. masa inilah pesta tamban bermula..kami berjaya mendaratkan tamban sebanyak 1 tong ais colman.. kalau anda ingin merasakan suasana seperti ini jemputlah ke kelong mamood yang terletak di kuala lukut port dickson

Trip memancing ke taman negara 2013







   kali ni kami ke taman negara.. selalu memancing laut tapi kali ni kami mencuba memancing ikan di taman negara.. sambil2 merehatkan minda dengan suasana hutan kami dapat juga pengalaman mempelajari teknik memancing ikan sungai dari tekong bot yang membawa kami di lubuk itu.. tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana ikan yang merentap umpan kami terlepas..ini mungkin kerana kami belum berapa mahir dgn teknik memancing ikan di sungai yang berarus deras.. Insyaallah kami pasti akan mencuba nasib sekali lagi..