KERAPU BARA
MEMANCING MEMBERIKAN AKU KETENANGAN
Friday, 18 April 2014
Friday, 21 February 2014
TALI PERAMBUT PARI ( PANCING PANTAI )
perambut ini biasa saya gunakan untuk pancing tepian pantai.. dengan tali perambut yang labuh dan perambut mata yang labuh ia amat sesuai untuk menjerat sang pari.. dan juga sesuai untuk memancing di kawasan pesisiran pantai yang berlumpur.. kerana jika kita membaling jauh batu ladung termasuk dalam lumpur mata kail kita masih lagi di atas jadi senang untuk memancing di kawasan yang selalu di dominan oleh sang pari
kekuatan perambut batu 100lbs (boleh menampung batu bersaiz 5'6'7'8'9)
kekuatan perambut mata 80lbs ( sesuai untuk mata bersaiz 6 duri pandan dan keatas)
panjang keseluruhan perambut batu ialah 1 depa lebih kurang 1 meter setengah sesuai di gunakan bersama rod 10 kaki keatas
panjang keseluruhan perambut mata juga 1 depa sesuai untuk pergerakan umpan di dalam air/dasar laut
kekuatan perambut batu 100lbs (boleh menampung batu bersaiz 5'6'7'8'9)
kekuatan perambut mata 80lbs ( sesuai untuk mata bersaiz 6 duri pandan dan keatas)
panjang keseluruhan perambut batu ialah 1 depa lebih kurang 1 meter setengah sesuai di gunakan bersama rod 10 kaki keatas
panjang keseluruhan perambut mata juga 1 depa sesuai untuk pergerakan umpan di dalam air/dasar laut
Thursday, 20 February 2014
Jadual Air Pasang surut untuk tahun 2014
Wednesday, 19 February 2014
Kerapu kelong Mamood
Ini adalah koleksi ikan kerapu karang yang berjaya di naikan di kelong mamood.. kelong mamood memang terkenal dengan berbagai jenis ikan kerapu kerana berdekatan dengan kelong mamood telah di letakkan banyak tukun-tukun tiruan untuk membiakan habitat seperti kerapu..siakap dan baracuda.. jadi anda bolehlah mencuba nasib di sini..jika ada rezeki pastinya anda akan pulang dengan habuan yang besar.. selamat memancing..good luck
Senja di kelong Mamood
inilah permandangan waktu matahari terbenam di atas kelong mamood..suasana yang amat mendamaikan.. ini trip kami yang ke 2 di atas kelong mamood.. masa inilah pesta tamban bermula..kami berjaya mendaratkan tamban sebanyak 1 tong ais colman.. kalau anda ingin merasakan suasana seperti ini jemputlah ke kelong mamood yang terletak di kuala lukut port dickson
Trip memancing ke taman negara 2013
kali ni kami ke taman negara.. selalu memancing laut tapi kali ni kami mencuba memancing ikan di taman negara.. sambil2 merehatkan minda dengan suasana hutan kami dapat juga pengalaman mempelajari teknik memancing ikan sungai dari tekong bot yang membawa kami di lubuk itu.. tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana ikan yang merentap umpan kami terlepas..ini mungkin kerana kami belum berapa mahir dgn teknik memancing ikan di sungai yang berarus deras.. Insyaallah kami pasti akan mencuba nasib sekali lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)